Wednesday, December 3, 2014

Cubaan

Salam sejahtera. Lama aku tak kemaskini blog aku ni, hampir setahun juga la. Jadi aku nak kemaskini sikit. Aku sihat, umur aku dah menginjak ke 22 tahun pada 21 November 2014 lepas. Aku tengah buat ijazah dalam Pendidikan Muzik, UiTM. Aku banyak join aktiviti nyanyian koir masa aku tengah buat ijazah ni. Alat muzik tumpuan aku ialah vokal klassikal. Aku makin kuat makan, makin sibuk dengan aktiviti muzik. Itu ajelah yang aku mampu cerita. Aku makin lama makin tak pandai nak olah perihal diri sendiri. Apa aku nak pesan, jalani kehidupan kita dengan gembira, bersyukur atas apa yang kita ada dan jangan cemburu atas kesenangan orang lain. Paling penting kita jangan menyibuk hal orang lain dan kita jangan menyusahkan orang lain. Aku belanja gambar aku satu ya.


Aku harap korang semua dalam keadaan baik dan gembira selalu. Ok lah, aku pun tak pasti bila lagi aku nak kemaskini blog aku, entah bulan akan datang, entah setahun akan datang. Aku doakan semuanya dalam keadaan baik ya. Adios.